Cuaca dan Perubahan Iklim Penyebab Penyakit Berjangkit?????


Perubahan cuaca di sekeliling kita akan menyebabkan wujudnya penyakit wabak. Memang, istilah-istilah yang kita gunakan saat ini untuk penyakit berjangkit sering memelihara pengertian kuno dari penyakit yang disebabkan oleh perubahan persekitaran dan faktor-faktor luaran yang lain. Umumnya, sebahagian besar penyakit wabak dikaitkan dengan perubahan musim atau suhu. Contoh yang berdasarkan perkataan asal adalah seperti berikut:

Influenza = pengaruh

Malaria = hawa buruk/ sejuk

  • ditafsirkan sebagai istilah untuk suatu saluran pernafasan bahagian atas jangkitan.

Ungkapan yang paling berangsang adalah ‘di bawah cuaca’ yang mana menandakan penyakit sementara tanpa penjelasan yang lain.

Beberapa penerbitan telah mengatakan bahawa perubahan iklim akan mengubah situasi persekitaran yang luas atas kesan negatif kepada kesihatan manusia.

Sebagai contoh, kajian telah mengamalkan bahawa dengan keadaan yang bersuhu tinggi akan menyokong vektor nyamuk yang menularkan malaria, demam denggi, dan demam kuning merebak ke arah utara memasuki Amerika Syarikat dan Eropah.

Beberapa kajian telah menunjukkan perubahan pola penyakit berjangkit masa kini kian meningkat misalnya adalah peningkatan kejadian malaria telah berlaku di yang baru-baru ini dalam pola penyakit berjangkit (misalnya, peningkatan kejadian malaria di latitude yang lebih tinggi). Ini adalah boleh dikaitkan dengan trend pemanasan global.

Trend pemanasan global = Perubahan Pola Penyakit Berjangkit

Demikian juga, adanya telah mengkaitkan kejadian dan fenomena ini dengan perubahan iklim antara tahun, khususnya waktu kejadian El Niño yang dipercayai akan menyebabkan terhasilnya wabak utama penyakit seperti kolera dan deman denggi.

El Niño = Wabak Penyakit

  • di mana potensi kesan perubahan iklim jangka panjang.

Pada masa kini, kesihatan masyarakat lebih terutamakan dengan “pengawasan dan tindakan” pendekatan untuk menbendungkan penyakit berjangkit. ‘Ramalan dan pencegahan’ diharapkan terjadi suatu pendekatan yang lebih berkesan dengan pemahaman yang lebih teliti dan dalam tentang iklim dan keadaan ekologi yang manjadi vektor menyokong penghantaran penyakit. Cabaran ini termasuklah pembinaan model ramalan untuk meramalkan penyakit yang selalu merebak dengan’ ramalan’ yang dibuat dan ia diikuti dengan mencipta sistem amaran awal operasi yang berkesan untuk mengurangkan risiko terhadap penduduk yang terdedah.

Deman Denggi

Demam denggi adalah jangkitan virus yang disebabkan oleh gigitan nyamuk betina dan kebanyakannya ditemui di daerah tropika dan sub-tropika. Jangkitan demam denggi biasanya akan meningkat pada bulan panas dan lembab. Demam denggi adalah dijumpai masa beberapa ratus tahun yang lalu dan pada saat ini, demam denggi telahpun menjadi masalah kesihatan utama masyarakat antarabangsa.

Secara global, terdapat seramai 50 juta kes deman denggi jangkitan dan peringkat kematian bagi penyakit ini adalah sebanyak 22.000 kematian setiap tahun! Dianggarkan bahawa di antara 2,5 bilion penduduk di dunia, lebih daripada 100 buah negara akan terdedah kepada penyakit demam denggi, di mana dua pertiga adalah penduduk yang tinggal di Asia Pasifik. Seperti pernyataan di atas, demam denggi adalah disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk betina. Nyamuk ini berkembang dengan cepat disebabkan oleh proses pembiakkannya mudah berlaku terutamanya pada musim hujan malah boleh berkembang di air tawar peridomestic.

Virus ini disebarkan melalui nyamuk menjadi tuan rumah (host) semasa menghisap darah dan virus itu turut berjangkit dari satu host ke host lain. Gigitan nyamuk merupakan penyebab utama deman denggi. Masa inkubasi terjadi ketika virus tersebut telah dihantar masuk ke badan manusia. Masa yang menunjukkan ciri-ciri deman denggi adalah antara 3 hingga 15 hari. Selama tempoh inkubasi, virus denggi berkembang.

Penyakit deman denggi adalah sangat sensitif terhadap cuaca. Ciri-ciri dari segi biologi nyamuk Aedes berkadar secara langsung dipengaruhi oleh suhu dan jumlah takungan hujan. Pada suhu yang tinggi, frekuensi menggigit dan membiak akan meningkat; ini turut mempercepatkan proses nyamuk pembangunan dari larva ke tahap dewasa; mempercepatkan inkubasi virus denggi dalam nyamuk, dan kemudian mengakibatkan penghantaran nyamuk yang lebih tinggi dan meningkatkan nyamuk Aedes dalam masa yang singkat.

Selain itu,  pada masa yang sama, perilaku manusia untuk simpanan air boleh meningkat serta menyokong pembiakan nyamuk Aedes. Pada musim hujan, air hujan yang mengalir deras akan membawa telur, larva, dan pupa nyamuk Aedes dalam jangka pendek tetapi ia di sebaliknya akan mencipta habitat pembiakan nyamuk besar untuk jangka panjang.

Pemanasan global akan meningkat frekuensi kejadian cuaca yang beriklim seperti kemarau, hujan lebat, banjir kemarau dan seterusnya ia meningkatkan wabak penyakit demam denggi.

Jika iklim yang diramalkan berlaku, dianggarkan bahawa penduduk yang berisiko mendedah kepada demam denggi akan meningkat dari 3.5 bilion ke 5-6 bilion pada tahun 2085 yang akan datang.

Menurut pegawai kesihatan Malaysia, fenomena El Nino menjadi penyebab munculnya jangkitan demam denggi tahun ini.

Jumlah hujan dan suhu yang meningkat yang disebabkan oleh El Nino telah membekalkan tempat pembiakan nyamuk Aedes dengan luas, di mana nyamuk Aedes merupakan genus nyamuk penyebar demam denggi (Malaysia Timbalan Menteri Kesihatan, Rosnah Rashid Shirlin).

Di Malaysia, penyakit yang menakutkan ini telah mengaut sebanyak 132 nyawa pada tahun 2010 dan melebihi 83 kematian pada tahun yang sama. Pada masa yang sama, jumlah penyakit Deman denggi telah meningkat sebanyak 15%  kepada 44.641 kes di Malaysia.

Hujan lebat akan membina tapak pembiakan kepada nyamuk Aedes

Hal ini dipercayai bahawa penyakit demam denggi adalah sangat berkaitan dengan iklim.

Kesimpulannya,

Perubahan iklim kemungkinan mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan manusia.

Ini dibuktikan dengan perubahan iklim meningkat kadar kematian akibat cuaca panas yang melampau.

Perubahan iklim menjejaskan keperluan asas untuk kesihatan manusia seperti udara bersih, kualiti air minuman, pembekalan makanan dan tempat tinggal yang selamat. Terdapat pelbagai pembunuh utama yang sangat sensitif terhadap perubahan iklim, ianya seperti penyakit selesema, Asma, malnutrisi, malaria dan demam denggi.

Namun begitu, beberapa kesan perubahan iklim yang membawa manfaat adalah ia boleh mengurangkan kadar kematian akibat daripada kesejukkan tetapi kesan negatif adalah lebih cenderung jika berbanding dengan kesan positif.

  1. No comments yet.
(will not be published)